LANGKAH-LANGKAH MENANGANI PLAGIARISME (TUGASAN ETIKA DAN PROFESIONAL)

PENGENALAN TENTANG PLAGIARISME

DEFINISI PLAGIARISME

Menurut Kamus Dewan, Plagiat atau ciplak atau plagiarisme bermaksud “perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tetapi mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri (Dewan Bahasa, dan Pustaka)

Terdapat beberapa makna lain yang sama merujuk kepada plagiat, seperti penciplakan, ambil tanpa sebarang penyataan (citation), pengakuan karya ilmiah orang lain sebagai karya sendiri, atau salin dan tampal (copy and paste). Dengan kemudahan internet pada masa sekarang, lebih ramai penulis akademik majoritinya pelajar yang meggunakan jalan pintas dengan menyalin dan menampal sewenang-wenangnya karya atau hasil kerja penulis akademik di dalam internet.

Plagiat ialah salah satu kesalahan etika dalam dunia akademik. Ini menyentuh kepada sifat seorang penulis akademik itu yang mementingkan diri sendiri, tiada sifat keaslian pada penulisnya (non-original) dan penipu yakni meniru kerja orang lain tanpa menyebut (cite) penuliis asal.

TINDAKAN YANG BOLEH DIKENAKAN KEPADA PLAGIATOR

Oleh kerana plagiat adalah serius dalam dunia akademik, pesalah plagiat (baca: plagiator) jika didapati bersalah akan dikenakan tindakan tatatertib. Jika plagiator itu dalam kalangan pelajar Universiti, penulisan akademiknya wajar ditolak atau terus menggagalkan beliau dalam subjek tersebut. Perkara yang sama diaplikasikan kepada plagiator yang plagiat dalam penulisan lebih serius selain sekadar tugasan atau laporan, contohnya tesis. Keseluruhan tesis beliau boleh ditolak dan tidak sah, dan berkemungkinan untuk dia digantung atau dibuang Universiti.

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PLAGIAT

Antara punca-punca plagiat termasuklah kemudahan teknologi dihujung jari yang menyumbang kepada kemalasan seseorang plagiator untuk menjana idea penulisan akademik sendiri, dan mengambil keputusan untuk melakukan carian di internet, sekaligus menyalin dan menampal dalam kerja mereka tanpa menyatakan rujukan samada dalam bentuk end note, foot note, mahupun rujukan standard.

Selain itu, pelajar yang pemalas dan melakukan kerja-kerja di saat akhir selalunya akan bertindak untuk melakukan plagiarisme. Mereka hanya akan mementingkan ‘asal-siap’ untuk hantar tugasan tepat pada waktunya tanpa sebarang persediaan pada hari-hari sebelumnya. Cara paling mudah bagi mereka ialah dengan plagiat.

BENTUK-BENTUK PLAGIAT

Terdapat beberapa bentuk plagiarisme yang diamalkan, contohnya peniruan secara langsung satu perkataan ke perkataan yang lain, atau satu perenggan penuh, atau satu halaman penuh dari karya orang lain tanpa sebarang rujukan. Pengubahsuaian perkataan tanpa rujukan juga dikategorikan sebagai plagiat jika tidak diberikan rujukan atau tidak disebutkan secara tepat.

MENANGANI PLAGIARISME

Ada pelbagai cara untuk menangani plagiarisme dari berlaku. Langkah-langkah ini boleh diambil dari aspek individu itu sendiri, masyarakat sesebuah kelompok akademik, penulis karya akademik dan orang ramai secara amnya.

Bagi seseorang penulis akademik, seharusnya terdapat kesedaran dalam diri mereka tentang originality atau keaslian sesebuah karya yang mereka hasilkan. Mereka sewajarnya lebih bersifat jujur dan ada rasa tanggungjawab terhadap karya akademik mereka sendiri.

Mereka juga seharusnya lebih teliti dan tidak gopoh dalam menulis karya akademik mereka. Hasil karya mereka perlulah bermutu dan bukanlah hasil yang ‘tangkap-muat’ sahaja. Mereka juga perlu yakin yang karya mereka berdasarkan hasil kajian yang mereka sendiri lakukan dan data-data yang mereka sendiri kumpulkan.

Bagi seorang pelajar pula, kesedaran tentang betapa tidak telusnya melakukan plagiat perlu ada agar mereka tahu kesalahan ini serius dalam dunia akademik. Mereka sedia maklum yang mencuri itu salah, tetapi tidak endah tentang mengambil karya orang lain dan masukkan dalam penulisan sendiri tanpa menyatakan dari mana mereka mendapatkan tulisan-tulisan sedemikian. Pelajar perlu bersifat lebih bertanggungjawab, prihatin dan jujur dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.

Mereka perlu lebih menghargai, memahami dan menyebutkan sumber penulisan yang mereka rujuk di dalam tugasan mereka. Antara tindakan yang paling wajar bagi mengelakkan gejala plagiat dalam kalangan pelajar ini juga termasuklah, pelajar tersebut meletakkan diri mereka sebagai mangsa plagiat di mana, mereka bertungkus lumus mennyiapkan tugasan atau karya akademik mereka, dan orang lain mengambil secara terus hasil penulisan mereka tanpa menyebut (cite) nama mereka sebagai penulis asal. Tidakkah itu boleh menimbulkan rasa marah dan tidak puas hati, dan situasinya sama sahaja jika mereka yang menjadi plagiator.

Seseorang penulis itu juga perlulah mahir dalam membaca karangan atau penulisan orang lain dan pandai melakukan ‘paraphrasing’. Bukan sahaja perlu bijak menyusun semula kata-kata penulis asal, tapi ia tidak lari dari makna sebenarnya.

Masyarakat seharusnya lebih peka tentang kesalahan plagiarisme ini dan tidak sewenangnya memandang enteng pada isu ini kerana ia melibatkan pesalah dalam kalangan anak bangsa sendiri di mana hal ini sangatlah memalukan. Ia akan memberi implikasi yang sangat teruk kepada moral dan akhlak plagiator tersebut. Tanpa kesedaran dari masyarakat seolah-olah mereka membenarkan anak bangsa khususnya pelajar-pelajar universiti untuk mengamalkan plagiarisme.

Bagi pihak atasan pula, khususnya dalam institusi pendidikan sendiri, contohnya pentadbiran tertinggi sesebuah universiti yang terdiri dari profesor-profesor, dan doktor-doktor, waima pensyarah-pensyarah sendiri seharusnya memberikan panduan dan bimbingan kepada pelajar-pelajar mereka. Selepas sesuatu tugasan diberikan, mereka sewajarnya memberikan arahan yang jelas dan terperinci dan menegaskan perlakuan plagiat adalah dilarang sama sekali. Ia adalah satu bentuk rompakan dan pencerobohan dalam dunia penulisan akademik jadi hal itu dipandang serius oleh pensyarah.

Terapkan rasa hormat akan penulisan orang lain dengan menceritakan tentang penulisan tersebut. Pensyarah memainkan peranan yang sama penting dalam mempengaruhi gerak kerja pelajar mereka. Jika pensyarah itu sendiri bersifat acuh tak acuh, berkemungkinan besar pelajar mereka akan melakukan plagiat.

Selain itu, pensyarah juga boleh memberikan sedikit penghargaan kepada pelajar mereka yang tidak melakukan sebarang aktiviti plagiarisme sepanjang sesi kuliah dengan mereka. Ini boleh menjadikan mereka percaya pada diri sendiri, yakni penulisan mereka.

PENUTUP

Tindakan plagiarisme adalah satu tindakan serius dalam penulisan akademik bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Hal ini semakin hari semakin meruncing bila mana terdapat segelintir pelajar tidak bertanggungjawab yang bertindak mencuri atau menyalin dan menampal hasil kerja orang lain ke dalam kerja mereka tanpa sebarang rujukan.

Dengan huraian singkat ini semoga jenayah plagiarisme ini dapat dibanteras dalam kalangan pelajar universiti yang diasap kononnya terpandai dalam kalangan rakan-rakannya sekaligus terpilih untuk menuntut ilmu di menara gading, walhal sebaliknya menciplak karya akademik orang lain dan mengaku karya sendiri. Bak kata pepatah dahulu, siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri. Plagiarisme perlu ditegah dari peringkat akar umbi lagi untuk jaminan kualiti penulisan di masa-masa akan datang.

SENARAI RUJUKAN

(Online blog)

http://azridarma-plagiarisme.blogspot.com/

http://taufiqfirdausalghifariatmadja.blogspot.com/2014/06/12-cara-mengatasi-kecenderungan.html

http://idadsmile.blogspot.com/2012/12/isu-teknologi-dan-plagiarisme-dalam.html

http://staff.unila.ac.id/indriyanto/2012/01/17/cara-mencegah-plagiarisme/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s